Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Memang menunggu bulan ini.
Menyambut 1st day Ramadhan di rumah abang. Biasa saje. Berbuka puasa pun di rumah abang. Tapi pada malamnya, aku paksa juga abang hantar aku balik ke rumah sewa aku kat KL.
Bukan apa, senang. Puasa di tempat sendiri, lebih senang. Kalau kat rumah abang, mcm menyusahkan dia jek nak kene belikan juadah berbuka utk aku. Lagipun, aku dah tak larat nak naik komuter yg mcm sardin itu (T_T).
Bulan Ramadhan kali ni, biasa saja. Cuma yg aku rasa lah, waktu/masa tu berjalan dgn cepat. Lagi2 bila dah ke pukul 12 tgh hari, kejap jek dah pukul 3 ptg, lagi 2 jam nak balik, berbuka. Owh!! Tgk2 plak skrg dah masuk hari ke-10 puasa. Cepat kan? Hmmm... Suka sgt bulan Ramadhan ni. Tak tau kenapa, tapi suka. Enough said.
Macam biasa, bangun sahur. Beli juadah berbuka. Berbuka dgn kak Diana & tarawikh bersama. Itu jek rutin harian biasa. Yang lainnya, skrg aku just sahur susu n kurma. Dah tak beli makanan utk sahur. Yang lainnya lagi, sampai harini n Insya-ALLAH sepanjang bulan ni, pakai baju kurung sahaja ke opis :p.
Puasa kali ni, aku tak terasa sgt rasa lapar tu. Kalau rasa pun, suka jek, suka rasa lapar tu. Tak tau kenapa.
Ramadhan kali ni, aku tak ternanti2, tak tertunggu2 hari raya. Kalau boleh, biarlah raya tu lama lagi. Dan bila 'datang bulan', tak puasa pula, aku rasa sedih. Tak tau kenapa.
Ramadhan kali ni, sampai ke hari ini, aku tak bukak lagu raya pun lagi. Kalau tahun lepas, 1st day puasa pun dah pasang lagu raya.
Walau bagaimanapun, persiapan raya tetap aku buat. :)
p/s : Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.... Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Amin!
Alhamdulillah... All praises to ALLAH S.W.T, masih diberi peluang utk bernafas di bumi ini, walaupun byk dosa yg telah dilakukan.
No comments:
Post a Comment