Monday, January 30, 2012

Kalaulah...

Kalaulah perkataan 'kalau' tu takde dalam dunia ni...

Minggu lepas, aku jumpa Yaya & Ada. Girls day out. Tapi kali ni tak tengok wayang pun sbb masa tak mengizinkan. Yela, sampai2 Mid pun dah pukul 12 tgh hari. Takpelah, janji jumpa! Bermacam halangan yg aku tempuh utk jumpa Yaya. Hmm... yela, salah aku. *semua kan mmg salah aku*

Yaya drove all the way from Tg Malim. Sgt bergaya hokkay! :p Jumpa Yaya & Ada, terus jek aku start membebel yg mcm2. Dan seperti biasa, Yaya..... hmm.. dia mmg tau mcm mana nak meredakan aku. Thanks Yaya!

Berborak dgn Yaya & Ada. Bertukar2 cerita. Dan mcm biasa, byknye aku lah yg membebel, cerita pasal family aku, life aku etc. Macamlah best sgt kan, tapi dorang yg suh cerita, aku pun cerita jela.

Dorang ckp, life aku jela yg berwarna. (Dorang taktau ape disebalik warna2 tersebut....hmm)
Dorang ckp, life dorang dull, mcm biasa jek. (Dorang taktau yg aku nak jek life mcm dorang!)
Yaya ckp, aku dah kurang membebel/mengeluh yg mcm dulu. (Yaya taktau yg aku dah mcm tegar.... ke pasrah?hmm)

Yang pasti, aku seronok sgt jumpa Yaya & Ada! Lagi seronok dgr dorang nak sambung PHD! Lagi lagi seronok td dpt berita yg Lyssa dapat offer Master.

Aku? Hmm.... Kalaulah.....


Yaya, Thanks for the novel & chestnut!


CD Dhoom yg Yaya baru pulangkan & ada lg tiket bas MUR-KL Tahun 2006!
(sebenarnye aku pun tak igt yaya ade pinjam cd ni :p)


Sekian....

p/s : Alhamdulillah.... masih bernafas di bumi ALLAH walaupun byk dosa telah dilakukan. Astaghfirullah Al-Azim

Friday, January 27, 2012

Mencari Erti Hidup - Hidup Untuk Mati



Aku menulis(type actually!) lagi. Seronok baca update Lyssa. Huahuahua. *gelak kaber2 jek kat opis, sbb baca time kat opis. Tak tunggu balik rumah, baca jek kat opis!*

Banyak benda berlaku (of course!). Tapi semuanya disimpan, konon nak luahkan kat blog, tapi tak terkuar (ke aku takut orang baca? :p *lambai2 bos*)

Hari tu aku close kejap blog aku ni, sbb sangatla terkejut bos aku jumpa blog aku! Hadoi! *lambai2 lagi bos*.
Before this, I thought my blog would never be read by others (except Lyssa :p), but somehow there is still a silent readers out there. *peace to all*
Then, suddenly I realized that, what had I written/typed wasn't 100% fully my life or thoughts or I'm just spill out randomly. Maybe 20-30% of it was still pure from bottom in my heart. I'm still keep in privacy. It isn't because I'm not sincere in my writings or thoughts, it's just some part should be keep in shut.

Ok, cakap pasal umur. Aku dah 25 tahun hokkay! *bahekkk*
Memikirkan masa depan sangatlaaaaa menakutkan. Banyak benda yg perlu difikirkan. Hidup, makan, minum, keje, berjalan, kawin blablabla. Kawin? Hmm.. Yela, kawin. Orang kan suka tanya, bila nak kawin? (aku pun suka tanya gak! :p)
So, pd umur 25 tahun ni, adalah umur yg mula memikirkan dgn serius pasal hidup. Bukanlah sblm ni tak fikir, fikir jugak, tp fikir jela, tindakan nya takde. Sbb masa tu fikir, diri ni masih muda belia remaja. *konon2la*. So, nanti2la fikir.

Skrg kena fikir & bertindak. Sometimes I lost in my own way when I'm thinking too hard about what will happen for 2-5 years later, what will it be? Will I be just the same as I am right now, especially in career future, doing the same job, and etc. If I'm married(Insya-ALLAH, the will is still there), can I fully support my childs in financial and moral as well? Like my mom done to me n siblings. What am I live for? Is it only for making money???
It's keep playing in my mind until I lost and cried for no reason.
Tapi bila fikir2kan balik, kita hidup ni utk ape? Selamanya ke? Tak... Kita hidup utk mati. Hidup adalah persediaan/bekalan utk mati. Harus seimbangkan segalanya. Tidak mengejar dunia semata. Hmm... Ini kerana aku telah habis
baca novel hlovate yg bertajuk Contengan Jalanan. Kesimpulannya, hidup untuk mati. Ingat mati, sure kita boleh hidup punya! (Ni yang mmg aku pegang sejak dulu)

sekian.. Atika (Nov 2011)

p/s : Aku taip ni masa November 2011, skrg baru post :)

Monday, September 12, 2011

Mengandung



Bukan aku yg mengandung la. Adeh. (>_<)Aku tak tau, skrg rasa ramai sgt org sekeliling aku mengandung. Erk, ada yg dah nak bersalin, ada yg baru saje dpt khabar berita baik itu. Contohnya, kakak ipar aku, baru jek tau, dia mengandung masa raya haritu. Alhamdulillah, yeay! Bertambah ahli keluarga baru. :)

Tapi itu bukan ceritanya, ceritanya adalah, masa raya hari tu, aku pergi beraya dgn kawan2 kat Muar. Wawa, Hajar & Zma. Tak dpt jumpa Aini, coz dia kena keje masa raya haritu. Adeh.
Last time jumpa dorg, masa
kenduri kahwin Wawa. So, raya ni, jumpa n update la cite sikit2. Cite aku tak bape sgt, dorg punya cite lg best kot.

So, start rumah aku (of course!) sbb rumah aku kira jauh, so, biarlah aku mengalah utk balik sendiri. Uicehh.. tak suka nak menyusahkan org kekdahnye. Yang pergi rumah aku, juz Zma n Hajar.

Mase last rumah, rumah Hajar, tiba2 Wawa yg pada mulanya mcm jadi tak jadi dtg, pun dtg. Wah, mak buyung itu, begitu anggun dgn berpakaian arbaiyah. Ala2 org arab pule. Kandungan dia dah nak masuk 7 bulan. kot [?]


Dah ada Wawa, apa lagi, bercerita la kepasalan perihal mengandung2 ni. Dia n mak Hajar, tag team bagi ceramah free pasal hal2 pregnancy ni dan kitorang yg anak2 dara (ecececehh) mendengar dgn khusyuk sekali. Kot utk bekalan akan dtg. Tp tak tau bila. Hmm..



Seronok dgr. Rasa tak sabar pulak nak rasa :p. Benda yg org ramai, mak2 cakap, sakit. Sakit kedua selepas mati, tapi tetap aku nak rasa.


Wawa cakap, kalau boleh dia nak cari hospital Islam. Ada ke? *ni aku yg bodoh, tanya*. Haruslah ada! Contohnya, Pusrawi - Noted!



Wawa cakap, kalau boleh dia nak cari doc perempuan Islam or lelaki Islam. Kenapa?. Sbb yg Islam, akan sedaya upaya buat kita bersalin normal. - Noted!



Wawa cakap, kalau boleh dia nak kaduk (her beloved hubby), teman dia kat labour room. Eh? - Noted!


Wawa cakap, dah mengandung, lagi2 dia rasa sayang kat mak dia n tau apa yg mak dia rasa. Owh. - Noted!

dan byk lagi.. tu belum lagi masuk bab breast feeding dll. Owhh, sungguhlah! Hmm..


Aku amik ni dari fb Wawa, credit to her.
"dalam islam kiter perlu utama kan turutan nie kalau nk bersalin

a) Doctor Perempuan yg beragama islam
b) Doctor Lelaki yg beragama islam

c) Doctor Perempuan yg bukan beragama islam
d) Doctor Lelaki yg bukan beragama islam
kerana doktor muslim akan memulakan segalanya dgn lafaz bismillahhiraahmanirahim....."


Insya-ALLAH, noted :)






p/s : Wife encik pun sedang sarat juge :)

Tuesday, August 23, 2011

I'm gonna miss u Ramadhan~!



Ramadhan bakal menghampiri ke akhirnya.. Owhh.. Terasa sgt kurang lagi ibadah2 yg dilakukan.
Tolak dgn waktu dtg bulan lagi, tolak dgn kalau kuar berbuka dgn kawan, makanya lepas tarawikh dah tak larat nak mengaji Al-Quran, hanya baca Al-Mulk saje.
Tolak lagi kalau mmg malas. Aduhai... Atika, sila pulun habis-habisan 10 malam terakhir ni!! Berusaha!

Persiapan? hmm.. same jek dgn tahun2 sebelum ni. Iaitu, persiapan utk ahli keluarga lagi diutamakan. :)
Nak beli lagi satu baju kurung yg dah siap pun tak terbeli. Hmm.. nak beli ni pn, sbb mak suruh. Kalau ikut aku, malas betul nak mencari. Tudung, dah setel. Argh, pakai saje yg dah beli kt Jalan TAR tu. Malas nak fikir dah. Tapi kot ade yg berkenan selendang2 kt Times Square tu, tibai la juge. :p
Kali ni, hanya beli baju utk mak & si gediks fatin. Beli blouse & t-shirt saje utk mereka. Utk adik, aku suh abg jek belikan, kongsi dgn dia. Aku tak beli utk ayah, sbb abg pun dah belikan utk ayah, ok ler tu. Nnt bagi duit raya saje. Adeh.
Duit raya pun dah tukar. Tukar dgn kak Rien, senang! Semoga lagi murah rezeki aku. Ameen!
Kuih raya? Tahun ni 2 jenis jek dpt bawak balik kg. Adeh! Kenape tahun ni persiapan raya mcm makin kurang?!! Hati lebih pd menyambut Ramadhan saje (T_T)

Dah minggu2 terakhir ni, rasa dah malas sgt nak bekerja. Dah fikir nak balik kg jek. Tenangkan fikiran. Rebutkan malam Lailatul-Qadar. Hmm..

Semoga berjumpa lagi Ramadhan akan datang! Ameen...

Syukur Alhamdulillah... masih diberi peluang utk bernafas dan menyambut Ramadhan & Syawal (Insya-ALLAH~!)

p/s : Tetap juga mendengar lagu2 raya :)

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 1432 Hijrah

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Memang menunggu bulan ini.
Menyambut 1st day Ramadhan di rumah abang. Biasa saje. Berbuka puasa pun di rumah abang. Tapi pada malamnya, aku paksa juga abang hantar aku balik ke rumah sewa aku kat KL.
Bukan apa, senang. Puasa di tempat sendiri, lebih senang. Kalau kat rumah abang, mcm menyusahkan dia jek nak kene belikan juadah berbuka utk aku. Lagipun, aku dah tak larat nak naik komuter yg mcm sardin itu (T_T).

Bulan Ramadhan kali ni, biasa saja. Cuma yg aku rasa lah, waktu/masa tu berjalan dgn cepat. Lagi2 bila dah ke pukul 12 tgh hari, kejap jek dah pukul 3 ptg, lagi 2 jam nak balik, berbuka. Owh!! Tgk2 plak skrg dah masuk hari ke-10 puasa. Cepat kan? Hmmm... Suka sgt bulan Ramadhan ni. Tak tau kenapa, tapi suka. Enough said.
Macam biasa, bangun sahur. Beli juadah berbuka. Berbuka dgn kak Diana & tarawikh bersama. Itu jek rutin harian biasa. Yang lainnya, skrg aku just sahur susu n kurma. Dah tak beli makanan utk sahur. Yang lainnya lagi, sampai harini n Insya-ALLAH sepanjang bulan ni, pakai baju kurung sahaja ke opis :p.

Puasa kali ni, aku tak terasa sgt rasa lapar tu. Kalau rasa pun, suka jek, suka rasa lapar tu. Tak tau kenapa.
Ramadhan kali ni, aku tak ternanti2, tak tertunggu2 hari raya. Kalau boleh, biarlah raya tu lama lagi. Dan bila 'datang bulan', tak puasa pula, aku rasa sedih. Tak tau kenapa.
Ramadhan kali ni, sampai ke hari ini, aku tak bukak lagu raya pun lagi. Kalau tahun lepas, 1st day puasa pun dah pasang lagu raya.

Walau bagaimanapun, persiapan raya tetap aku buat. :)


p/s : Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.... Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Amin!


Alhamdulillah... All praises to ALLAH S.W.T, masih diberi peluang utk bernafas di bumi ini, walaupun byk dosa yg telah dilakukan.

Semoga Berkekalan Jodoh

Tak sempat nak update sgt. Just nak tulis, perihal kawan2. :)
Last 2 weeks (if i'm not mistaken), I had met Fida n Muaz. They've been my friends since at matrix, classmate. Muaz ajak jumpa, kebetulan dah lame tak berjumpaan dgn dia, so aku ok jek.
Padahal ptg pada hari yg sama ade birthday party Aisyah. So, tghari, jumpa kejap dorang then gerak ke birthday party.

Muaz dtg bersama tunang, akak & adik dia. Tak sangka betul Muaz ada akak. kekeke. By the way, Muaz dah bertunang! Tahniah~!
Terus ke pizza, makan. But before that, jumpa Fida kt MPH, SACC Mall. Dah lama tak pergi tempat ni! Mengimbau kenangan sungguh! Kenangan berjalan2 dgn Yaya & kdg2 dgn Lyssa. Owh, I really love Shah Alam! :)
So, sambil tunggu makakan sampai, sambil berborak. Sambil makan, sambil borak lagi. Muaz mana la byk ckp! :p Nasib baiklah tunang dia byk ckp. It's so nice to meet her!
Borak apa lagi? Haruslah aku bertanya, mana kenal? Dah lama kenal? etc.
Macam biasa, Muaz mana nye la hai nak jawab! Nasib baiklah tunang dia begitu sporting menjawab. :)
Kenal bulan 11-12 tahun lepas (lebih kurang). Tup tup tup... bulan 2, Muaz ajak kahwin. Owh... (T_T) Dan tunangnya pun setuju jek. Tunang dia ckp, kalau lelaki ajak kahwin, maknanya dia betul2 la tu. Tu yg dia setuju jek.
Dan aku pun cakaplah kat Muaz, 'Wah... cpt ek kau.. :)'. Dia jawab, 'Aku dah malas la fikir benda2 ni.. dah ade ni, terus jek'. Owhhh.. (T_T) Depan2 Muaz aku ckp, 'Rasa nak nangis kot!'. Even aku ckp mcm main2, but deep in my heart, aku mmg nak menangis pun. Terharu.
So, bulan 6 [kot], dorang bertunang. Kitorang kawan2 ni, mmg tak tau. Senyap2 jek. Gambar pun, dia letak sekeping. Tak nak heboh2 lagi kot. Kahwin nnt, maybe baru dia bagitau. Kahwin bulan 10,belah perempuan & bulan 12,belah lelaki. Tahun ni. Insya-ALLAH, aku pergi. Insya-ALLAH! Mmg nak sgt pegi. :)

Aku ada berceritakan hal ni pada roommate aku, the one n only, kak Diana. Dia cakap, 'Nape kawan Ika baik2 ye? Yg sape tu, yg nak isteri dia nnt takmo keje la...' Dan kata kak Diana lagi, benda kalau nak jadi, kejap jek. Kawan2 lelaki aku, yg kira aku baik dgn dorang, mmg semua baik2 (T_T).

To Muaz, I'm really happy for you. Congrats! Semoga berkekalan jodoh.. Ameen! Ya Rabbal A'lamin.





p/s : Lampard... I'll wait for you. Come hurry! Save me! (T_T). Percaya, bahawa ALLAH S.W.T sudah menetapkan awal2 lagi jodoh kita siapa, bila, semua dah tercatat di Luh Mahfuz. Ya, Aku percaya. Semoga bertemu jodoh & berkekalan jodoh. Amin :)

Friday, July 22, 2011

Lampard, I'm In Love With You, Again & Again & Again - Kebahagiaan Itu Pasti Akan Datang Jua

Lama benar rasenye aku tak menulis di dalam blog. Mmg sengaja aku hendak biasekan diri aku tidak menulis blog. Kenapa? Entah.
Tapi harini terasa mahu menulis. Menulis utk anak2 aku. (Nak gelak? gelaklah. At least aku still ade impian dan berangan utk menjadi seorang ibu, walaupun aku pasti belum tahu siapa suami aku, bila ia berlaku. Just keep hopes alive)

Bulan Jun & Julai, merupakan bulan yg sgt menguji mental aku. Tak perlu lah aku senaraikan ape dia. Yg pasti, aku dah tak larat diuji begini. Sampaikan aku dah tak reti nak menangis, nak mengeluh, semuanya redha saje. Redhakah aku? Ikhlas ke redha itu? Entah. Dan kdg2 rase, aku berhak terima segala dugaan disebabkan byknye dosa yg aku lakukan. (Astaghfirullah Al Azim! Aku sepatutnye bersangka baik dgn ALLAH S.W.T!)
Mcm biasa aku, dah lame2, baru aku ceritakan pada Lyssa (of course). Pade mak juga, tapi tak semua. Mcm biasa juge, Lyssa mmg pandai utk melegakan hati aku. Pandai nak naikkan semangat aku. Thanks Lyssa! I owe you big time! :)
Di saat aku fikir dan yakinkan hati aku, ade hikmah semuanya berlaku. Lyssa jugak yg menyedarkan aku, ape hikmah2 tersebut.
SABAR, tu jek kuncinye dan terima semua in a positive way! Sesungguhnya ada hikmah semua itu terjadi. Takdir ALLAH ade sbbnye!

Lupakan cite itu. Nak kongsi lagi. Utk kali kedua, aku pergi bertemu dgn Lampard. Last year ade aku mention kat entry aku pasal kedatangan chelsea. Seperti 3 tahun lepas, aku pergi bersama dgn Intan! Kalau dulu pegi sekali dgn adik dia, kali ni pergi dgn BF dia pule. (sampaikan Intan tanya aku, 'ko ni bile nak ade BF ni?'... errrkkk... aku selesa begini, lone ranger! *jawab aku dlm hati*)
Decide last minutes. Beli tiket last minute. Semuanya berlaku last minute, but I managed to do it. Mula2 intan & bf dah beli tix (RM68). Aku pulak yg lambat beli tix, hny ade tix rm108 je yg tinggal. Tp kirenye aku duduk sorg la. (terigt aku kejadian 3 tahun lepas, kononnye aku beli 2 tix chelsea, kononnye nak tgk dgn dia.. hmm.. tahun ni pun, aku tgk sorg juge.. hmm..)
Aku dah redha saje. Lampard punye pasal! Hmm.. utk org yg aku suka, sayang, ape saje sanggup! (mesti org dah muntah hijau bace. Ade ade kisah? Biarlah aku sayang org yg aku tau takkan menyakiti aku)
Then, Intan & bf sampai, dorg decide nak upgrade tix! Yeay! Ade gak kawan. But then, still cam awkward, bertiga. Tapi lantak lah. First time jumpe bf Intan, aku terkejut dia tau name aku. kekeke. Ni mesti sbb Intan cite n ade nampak aku ade komen2 kt FB Intan. (byknye pasal Chelsea or Torres or Lampard la)
I had a great time with them~! Even gol chelsea 1 jek (org cakap gol nasib! cet. lantaklah, janji gol. lalala~) tapi aku tetap puas hati dapat tgk Lampard main! Live!
Balik malam tu, abang amik, naik moto! Dah lame tak naik moto dgn abang. SUKE! :p terigt lagi mase2 dulu, abang amik pas abis kelas kalau ade tusyen ptg ke ape. Ni buatkan aku kene igt sikit budi abang kat aku! adeh. Sbb tu bile dia ckp nak makan oblong, aku terus jek ok (ok nak belanja laa!). Then isikan dia minyak moto sume. Bile balik plak, dia buli aku suh buat air sume, adeh. Layankan! Tapi, entah, dari dulu lagi, dah jadi tabiat kot, kalau abg aku suruh jek, susah aku nak jawab 'tak!'. Suruh amikkan ape2 je pun, aku amik jugak. Walaupun dlm hati tu 'grrrrr'. Hmm.. Malam itu, tido dgn tenang~:)





Aku hanya mahu gembira.... di dunia & di akhirat! Amin~


Ya ALLAH, seandainya dia milikku, tercipta untukku, dekatkanlah hatinya dgn hatiku.

Tapi Ya ALLAH, seandainya dia BUKAN milikku, jauhkanlah dia dari ku, luputkanlah dia dari ingatan aku, pelihara lah aku dari kekecewaan. Amin.

sekian.... Syukur ALHAMDULILLAH, masih tetap diberi peluang utk bernafas walaupun banyak dosa yg telah dilakukan. Astaghfirullah Al Azim!