as the time goes by..... it's all about journey to learn the meaning of life... Dedicated To My Future Kids
Saturday, July 19, 2014
Mid Year Review
Friday, July 11, 2014
Ramadhan 1435H
Alhamdulillah. dapat bertemu lagi di Ramadhan tahun ni.
Alhamdulillah. Bulan ni genap 6 bulan keje kat tempat baru, kire dh confirmed!
Alhamdulillah. Semua keje sekolah (I love to called it 'keje sekolah') dah siap. Dan harapnye lulus semua. Kalau tak lulus pun, aku mmg kene redha seredha nye. Mentally prepared Atika!
Mood utk menulis pun takde jugak.
Sebulan mak akan buat tempeyek, ni lah duit raya utk kitorang beli baju2 raya. Nanti akan ade sehari dlm sebulan tu kitorang akan buka puasa kat luar dan beli baju raya (biasenye dah nak akhir2 Ramadhan). Time tu rase seronok sgt! hehe. Mmg tak sabar je selalu.
Pernah jugak lah tolong mak goreng tempeyek, sbb ade sebulan puasa tu mmg time cuti sekolah. Pergh... mmg sgt penat! Tp sbb kesian kat mak, tolong lah juga. Tp time tu sbb sekolah lagi, so mintak upah jugak lah tolong tu :p
Time arwah maktok ade, kdg2 tolong dia buat kuih rokok (org skrg panggil kuih kapit ke ape tah). Oh, rindu nye!
Pastu kalau dulu puasa, mmg tak sabar betul nak buka. Suka tgk waktu berbuka kat tv tu. hehe.
Sekarang nak rase tempeyek mak pun dah susah, sbb mak dah tak jual lagi. Pastu dia dah malas nak buat dah. kekeke
Syukur dgn kehidupan sekarang tapi rindu juga dgn kehidupan dulu.
Wednesday, February 27, 2013
2013 : Life Should Be Simple
Ape nak update je pun nye la haiii...
Aku ade je tulis something2, pastu aku save la kat notepad bagaii kan.. pastu kan, aku lupe nak post kt blog pastu pastu dah biarkan lame, pastu malas plak.. sbb rasa cite dah basi..
3) Banyakkan bersedekah - sentiasa igt setiap rezeki yg kita dapat tu adelah milik org lain juga... JANGAN TAKUT MISKIN!!!
*Mendapat keredhaan ALLAH S.W.T - Azam & Matlamat sepanjang hidup
Alhamdulillah.... masih diberi peluang utk bernafas di muka bumi ini setelah byk dosa yg dilakukan...
Thursday, September 20, 2012
I'm Still Alive... ALHAMDULILLAH
Tgk Lyssa update, barulah aku terkial2 nak update bagai.. Mmg kene ade mood la nak tulis2, bercerita ni.. Hmm
Byk sebenarnya nak tulis/taip ni, tp kene ade masa + kerajinan tahap maximum, barulah boleh melayan perasaan nak tulis2 ni.
Dgn keje yg banyak, forum pun aku dah tak masuk, FB lak, masuk gitu2 aje... Tp still ade la skali sehari akan bukak alam maya, paling koman pun, bukak FB jela kan~
Skrg ni, balik keje je, aku akan penat n kdg2 tido pas maghrib! Astaghfirullah Al-Azim!!! Kalau mak tau ni, mmg kene piat telinga! Takpun, malam je, aku akan layan cite Running Man (addicted skrg hokkay!). Takpun, aku layan la cite pape je.. Pasang tenet utk mendonlod saje. Dgn Lyssa pun skrg kitorang ber-Whatsapp saje.. kekeke
Gitula rutin beberapa bulan ni. Nnt la, ade mase aku taip pjg lebar & tulis ape2... Ape2la sgt! Haish...
Sekian.
ALHAMDULILLAH... I'm still alive & survive! :)
Monday, April 9, 2012
Aku Demam
Aku jarang demam. Mak pun tau. Bos aku pun tau. Opismate aku pun tau. Siap budak depan aku ni cakap, 'Yes!!! Akhirrrnyaaa'. Hehehe...
Tp demam kali ni tak seteruk demam sebelum ni. Takdela aku pengsan. Cuma tak larat. Kat opis, aku tido saje. Dgn selsema, batuk. Akak sebelah aku siap cakap, "Ika demam ni jadi mcm baik lah". Yelahh.. tak larat kot..
Tp yg buat aku rasa terharu sampai tergaru2. Bos aku mmg perasan aku jarang demam n suruh aku balik rumah. Opismate belikan air badak utk aku (aku tak suruh pun). Nak balik awal tu, budak depan aku tu siap offer nak hantarkan balik lagi (walaupun nada nya spt main2 jek :p). On the way balik, mereport kat mak, dan mak pun tau kalau aku demam, mmg teruk sikit. Mak cakap, rasa mcm nak terbang ke KL jek. (boleh pulak aku jawab, "Terbang laa.. Dtg la sini" (T_T). Terkeluar sikit air mata)
Setelah tido & minum soluble, aku ok sikit. But still..... hmmm...
Sampai skrg, selsema effect kat telinga plak. Hmmm...
Semoga cepat sembuh Atika! Amin!!
p/s : Aku demam... aku tak bohong dan aku tak main2...
Sunday, February 12, 2012
010112 : Tahun Baru Yang Penuh Kesyukuran - Bertunangnya Zma
Akhirnya! Bertunang juga zma :p Alhamdulillah. Kan aku dah ckp sebelum ni, aku seperti rasakan yg kali ni Zma punya bf, yg last n insya-ALLAH selamanya. Amin!
I am really really happy for you Zma. Really! Looking at back then, how you struggled to find your so-called 'The One' and finally, you deserved it. Harapnya majlis nikah n kenduri berjalan dgn lancar dan meriah. Insya-ALLAH, aku datang ye :).
Wawa - Selamat melahirkan baby boy!
Hajar & Aini - Dah bertunang dari tahun lepas.
Zma - Bertunang & Insya-ALLAH berkahwin tahun ni juga.
Off Topic. Masa aku balik kg aritu, tibe2 mak aku buat lawak yg tak kelakar pun.
Abang : Mak nnt nak buat Aqiqah kat kg (utk baby baru)
Mak : Boleh. Ha, nnt buatla sekali akak tunang.
Aku : Ehhh... mak ni...
Abang : Ha, buat la sekali ko tunang, pastu ko leh support sikit. (Hamboiii)
Aku : Ehhh... mak....
Mak : Takdela.. Main2 jek.
Serius tak kelakar ok! Dan kejadian ni takde kena mengena dgn pertunangan Zma.
Sekian.
p/s : Aku redha.
Alhamdulillah... Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T masih diberi peluang utk bernafas dan meneruskan hidup di dunia ini, walaupun telah byk dosa yg dilakukan.
Friday, February 10, 2012
Terukir Di Bintang
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untuk mu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milik mu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...
Sayang ku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu
p/s : Suka! :)
Alhamdulillah... Syukur atas apa yang diberikan oleh ALLAH S.W.T! Alhamdulillah...
Saturday, February 4, 2012
2012 : I Hope Will Be Better!
Try tgk balik Azam 2011. Patutnya aku buat review ni mase Dec 2011. Tapi maklumlah, close kejap blog tu.
Dunia :-
1) Carry forward azam tahun lepas yg tak tercapai, lagi2 bab mengempiskan perut & kumpul duit utk ke KOREA! ----> kempiskan perut tuh.. errkk... sikit jela.. tapi berat badan turun. berkat makan epal saje! Savings, mcm aku cakap td, tak byk sgt.
2) 3K : Kurus, Kaya & Kereta! (tambah 1 lagi 'K', kawin.. huahuahua) ----> Kurus jek yg ade improvement, yg lain, tak tercapai *sigh*
Akhirat :-
1) Kukuhkan amalan wajib ---> Harus dipertingkatkan lagi
2) Banyakkan amalan sunat ----> Harus dipertingkatkan lagi
So, Azam aku tahun 2012 ni. Aku carry forward lagi lah nampaknya azam 2011 itu. :)
Dunia :-
1) Kempiskan perut & Maintain berat badan - kena byk membuang & makan epal. Makan nasi seminggu sekali jek tu pun kuantiti sikit. (Kalau balik kg or pegi berjalan, dimaafkan!). Rajinkan diri ke GYM!! Atau pegi tasik, jogging!
2) Berjimat! Simpan duit ke Korea & Makkah - Berbelanja bila perlu. Tak boros.
3) 4K = Kurus, Kaya, Kereta, Kawin! - Erkk... nnt aku fikirkan ape tindakannya.
Akhirat :-
1) Kukuhkan amalan wajib - fahamkan bacaan dlm solat. Khusyuk dalam solat. Lebih byk berbuat baik dgn mak n ayah (ni sgt fail! Astaghfirullah Al-Azim).
2) Banyakkan amalan sunat - Nak biasakan diri utk tak tidur lepas subuh (selalunya payah bila waktu cuti! =.=!). Dan nak buat semula & rajinkan diri bangun pg2, buat solat2 sunat. Dulu pernah buat dan setiap kali ramadhan akan buat, cume tiba bulan biasa ni, susah plak. Berusaha Atika!
Macam biasa, tulis je azam, entah tercapai entah tak. Tapi aku cubalah sedaye upaye aku utk mencapainya. Semoga tercapai! Amin!
*Mendapat keredhaan ALLAH S.W.T <-- Azam & Matlamat sepanjang hidup*
Sekian....
Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH, kerana memberi peluang pada aku utk bernafas dan atas rezeki yg Kau beri walaupun hamba-Mu ini byk melakukan dosa dan sering alpa.
Monday, January 30, 2012
Kalaulah...
Minggu lepas, aku jumpa Yaya & Ada. Girls day out. Tapi kali ni tak tengok wayang pun sbb masa tak mengizinkan. Yela, sampai2 Mid pun dah pukul 12 tgh hari. Takpelah, janji jumpa! Bermacam halangan yg aku tempuh utk jumpa Yaya. Hmm... yela, salah aku. *semua kan mmg salah aku*
Yaya drove all the way from Tg Malim. Sgt bergaya hokkay! :p Jumpa Yaya & Ada, terus jek aku start membebel yg mcm2. Dan seperti biasa, Yaya..... hmm.. dia mmg tau mcm mana nak meredakan aku. Thanks Yaya!
Berborak dgn Yaya & Ada. Bertukar2 cerita. Dan mcm biasa, byknye aku lah yg membebel, cerita pasal family aku, life aku etc. Macamlah best sgt kan, tapi dorang yg suh cerita, aku pun cerita jela.
Dorang ckp, life aku jela yg berwarna. (Dorang taktau ape disebalik warna2 tersebut....hmm)
Dorang ckp, life dorang dull, mcm biasa jek. (Dorang taktau yg aku nak jek life mcm dorang!)
Yaya ckp, aku dah kurang membebel/mengeluh yg mcm dulu. (Yaya taktau yg aku dah mcm tegar.... ke pasrah?hmm)
Yang pasti, aku seronok sgt jumpa Yaya & Ada! Lagi seronok dgr dorang nak sambung PHD! Lagi lagi seronok td dpt berita yg Lyssa dapat offer Master.
Aku? Hmm.... Kalaulah.....
CD Dhoom yg Yaya baru pulangkan & ada lg tiket bas MUR-KL Tahun 2006!
(sebenarnye aku pun tak igt yaya ade pinjam cd ni :p)
p/s : Alhamdulillah.... masih bernafas di bumi ALLAH walaupun byk dosa telah dilakukan. Astaghfirullah Al-Azim
Friday, January 27, 2012
Mencari Erti Hidup - Hidup Untuk Mati
Aku menulis(type actually!) lagi. Seronok baca update Lyssa. Huahuahua. *gelak kaber2 jek kat opis, sbb baca time kat opis. Tak tunggu balik rumah, baca jek kat opis!*
Banyak benda berlaku (of course!). Tapi semuanya disimpan, konon nak luahkan kat blog, tapi tak terkuar (ke aku takut orang baca? :p *lambai2 bos*)
Hari tu aku close kejap blog aku ni, sbb sangatla terkejut bos aku jumpa blog aku! Hadoi! *lambai2 lagi bos*.
Before this, I thought my blog would never be read by others (except Lyssa :p), but somehow there is still a silent readers out there. *peace to all*
Then, suddenly I realized that, what had I written/typed wasn't 100% fully my life or thoughts or I'm just spill out randomly. Maybe 20-30% of it was still pure from bottom in my heart. I'm still keep in privacy. It isn't because I'm not sincere in my writings or thoughts, it's just some part should be keep in shut.
Ok, cakap pasal umur. Aku dah 25 tahun hokkay! *bahekkk*
Memikirkan masa depan sangatlaaaaa menakutkan. Banyak benda yg perlu difikirkan. Hidup, makan, minum, keje, berjalan, kawin blablabla. Kawin? Hmm.. Yela, kawin. Orang kan suka tanya, bila nak kawin? (aku pun suka tanya gak! :p)
So, pd umur 25 tahun ni, adalah umur yg mula memikirkan dgn serius pasal hidup. Bukanlah sblm ni tak fikir, fikir jugak, tp fikir jela, tindakan nya takde. Sbb masa tu fikir, diri ni masih muda belia remaja. *konon2la*. So, nanti2la fikir.
Skrg kena fikir & bertindak. Sometimes I lost in my own way when I'm thinking too hard about what will happen for 2-5 years later, what will it be? Will I be just the same as I am right now, especially in career future, doing the same job, and etc. If I'm married(Insya-ALLAH, the will is still there), can I fully support my childs in financial and moral as well? Like my mom done to me n siblings. What am I live for? Is it only for making money???
It's keep playing in my mind until I lost and cried for no reason.
Tapi bila fikir2kan balik, kita hidup ni utk ape? Selamanya ke? Tak... Kita hidup utk mati. Hidup adalah persediaan/bekalan utk mati. Harus seimbangkan segalanya. Tidak mengejar dunia semata. Hmm... Ini kerana aku telah habis baca novel hlovate yg bertajuk Contengan Jalanan. Kesimpulannya, hidup untuk mati. Ingat mati, sure kita boleh hidup punya! (Ni yang mmg aku pegang sejak dulu)
sekian.. Atika (Nov 2011)
p/s : Aku taip ni masa November 2011, skrg baru post :)
Monday, September 12, 2011
Mengandung
Bukan aku yg mengandung la. Adeh. (>_<)Aku tak tau, skrg rasa ramai sgt org sekeliling aku mengandung. Erk, ada yg dah nak bersalin, ada yg baru saje dpt khabar berita baik itu. Contohnya, kakak ipar aku, baru jek tau, dia mengandung masa raya haritu. Alhamdulillah, yeay! Bertambah ahli keluarga baru. :)
Tapi itu bukan ceritanya, ceritanya adalah, masa raya hari tu, aku pergi beraya dgn kawan2 kat Muar. Wawa, Hajar & Zma. Tak dpt jumpa Aini, coz dia kena keje masa raya haritu. Adeh.
Last time jumpa dorg, masa kenduri kahwin Wawa. So, raya ni, jumpa n update la cite sikit2. Cite aku tak bape sgt, dorg punya cite lg best kot.
So, start rumah aku (of course!) sbb rumah aku kira jauh, so, biarlah aku mengalah utk balik sendiri. Uicehh.. tak suka nak menyusahkan org kekdahnye. Yang pergi rumah aku, juz Zma n Hajar.
Mase last rumah, rumah Hajar, tiba2 Wawa yg pada mulanya mcm jadi tak jadi dtg, pun dtg. Wah, mak buyung itu, begitu anggun dgn berpakaian arbaiyah. Ala2 org arab pule. Kandungan dia dah nak masuk 7 bulan. kot [?]
dan byk lagi.. tu belum lagi masuk bab breast feeding dll. Owhh, sungguhlah! Hmm..
Aku amik ni dari fb Wawa, credit to her.
"dalam islam kiter perlu utama kan turutan nie kalau nk bersalin
a) Doctor Perempuan yg beragama islam
b) Doctor Lelaki yg beragama islam
c) Doctor Perempuan yg bukan beragama islam
d) Doctor Lelaki yg bukan beragama islam
kerana doktor muslim akan memulakan segalanya dgn lafaz bismillahhiraahmanirahim....."
Insya-ALLAH, noted :)
Tuesday, August 23, 2011
I'm gonna miss u Ramadhan~!
Ramadhan bakal menghampiri ke akhirnya.. Owhh.. Terasa sgt kurang lagi ibadah2 yg dilakukan.
Tolak dgn waktu dtg bulan lagi, tolak dgn kalau kuar berbuka dgn kawan, makanya lepas tarawikh dah tak larat nak mengaji Al-Quran, hanya baca Al-Mulk saje.
Tolak lagi kalau mmg malas. Aduhai... Atika, sila pulun habis-habisan 10 malam terakhir ni!! Berusaha!
Persiapan? hmm.. same jek dgn tahun2 sebelum ni. Iaitu, persiapan utk ahli keluarga lagi diutamakan. :)
Nak beli lagi satu baju kurung yg dah siap pun tak terbeli. Hmm.. nak beli ni pn, sbb mak suruh. Kalau ikut aku, malas betul nak mencari. Tudung, dah setel. Argh, pakai saje yg dah beli kt Jalan TAR tu. Malas nak fikir dah. Tapi kot ade yg berkenan selendang2 kt Times Square tu, tibai la juge. :p
Kali ni, hanya beli baju utk mak & si gediks fatin. Beli blouse & t-shirt saje utk mereka. Utk adik, aku suh abg jek belikan, kongsi dgn dia. Aku tak beli utk ayah, sbb abg pun dah belikan utk ayah, ok ler tu. Nnt bagi duit raya saje. Adeh.
Duit raya pun dah tukar. Tukar dgn kak Rien, senang! Semoga lagi murah rezeki aku. Ameen!
Kuih raya? Tahun ni 2 jenis jek dpt bawak balik kg. Adeh! Kenape tahun ni persiapan raya mcm makin kurang?!! Hati lebih pd menyambut Ramadhan saje (T_T)
Dah minggu2 terakhir ni, rasa dah malas sgt nak bekerja. Dah fikir nak balik kg jek. Tenangkan fikiran. Rebutkan malam Lailatul-Qadar. Hmm..
Semoga berjumpa lagi Ramadhan akan datang! Ameen...
Syukur Alhamdulillah... masih diberi peluang utk bernafas dan menyambut Ramadhan & Syawal (Insya-ALLAH~!)
p/s : Tetap juga mendengar lagu2 raya :)
Wednesday, August 10, 2011
Ramadhan 1432 Hijrah
Menyambut 1st day Ramadhan di rumah abang. Biasa saje. Berbuka puasa pun di rumah abang. Tapi pada malamnya, aku paksa juga abang hantar aku balik ke rumah sewa aku kat KL.
Bukan apa, senang. Puasa di tempat sendiri, lebih senang. Kalau kat rumah abang, mcm menyusahkan dia jek nak kene belikan juadah berbuka utk aku. Lagipun, aku dah tak larat nak naik komuter yg mcm sardin itu (T_T).
Bulan Ramadhan kali ni, biasa saja. Cuma yg aku rasa lah, waktu/masa tu berjalan dgn cepat. Lagi2 bila dah ke pukul 12 tgh hari, kejap jek dah pukul 3 ptg, lagi 2 jam nak balik, berbuka. Owh!! Tgk2 plak skrg dah masuk hari ke-10 puasa. Cepat kan? Hmmm... Suka sgt bulan Ramadhan ni. Tak tau kenapa, tapi suka. Enough said.
Macam biasa, bangun sahur. Beli juadah berbuka. Berbuka dgn kak Diana & tarawikh bersama. Itu jek rutin harian biasa. Yang lainnya, skrg aku just sahur susu n kurma. Dah tak beli makanan utk sahur. Yang lainnya lagi, sampai harini n Insya-ALLAH sepanjang bulan ni, pakai baju kurung sahaja ke opis :p.
Puasa kali ni, aku tak terasa sgt rasa lapar tu. Kalau rasa pun, suka jek, suka rasa lapar tu. Tak tau kenapa.
Ramadhan kali ni, aku tak ternanti2, tak tertunggu2 hari raya. Kalau boleh, biarlah raya tu lama lagi. Dan bila 'datang bulan', tak puasa pula, aku rasa sedih. Tak tau kenapa.
Ramadhan kali ni, sampai ke hari ini, aku tak bukak lagu raya pun lagi. Kalau tahun lepas, 1st day puasa pun dah pasang lagu raya.
Walau bagaimanapun, persiapan raya tetap aku buat. :)
p/s : Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.... Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Amin!
Alhamdulillah... All praises to ALLAH S.W.T, masih diberi peluang utk bernafas di bumi ini, walaupun byk dosa yg telah dilakukan.
Semoga Berkekalan Jodoh
Last 2 weeks (if i'm not mistaken), I had met Fida n Muaz. They've been my friends since at matrix, classmate. Muaz ajak jumpa, kebetulan dah lame tak berjumpaan dgn dia, so aku ok jek.
Padahal ptg pada hari yg sama ade birthday party Aisyah. So, tghari, jumpa kejap dorang then gerak ke birthday party.
Muaz dtg bersama tunang, akak & adik dia. Tak sangka betul Muaz ada akak. kekeke. By the way, Muaz dah bertunang! Tahniah~!
Terus ke pizza, makan. But before that, jumpa Fida kt MPH, SACC Mall. Dah lama tak pergi tempat ni! Mengimbau kenangan sungguh! Kenangan berjalan2 dgn Yaya & kdg2 dgn Lyssa. Owh, I really love Shah Alam! :)
So, sambil tunggu makakan sampai, sambil berborak. Sambil makan, sambil borak lagi. Muaz mana la byk ckp! :p Nasib baiklah tunang dia byk ckp. It's so nice to meet her!
Borak apa lagi? Haruslah aku bertanya, mana kenal? Dah lama kenal? etc.
Macam biasa, Muaz mana nye la hai nak jawab! Nasib baiklah tunang dia begitu sporting menjawab. :)
Kenal bulan 11-12 tahun lepas (lebih kurang). Tup tup tup... bulan 2, Muaz ajak kahwin. Owh... (T_T) Dan tunangnya pun setuju jek. Tunang dia ckp, kalau lelaki ajak kahwin, maknanya dia betul2 la tu. Tu yg dia setuju jek.
Dan aku pun cakaplah kat Muaz, 'Wah... cpt ek kau.. :)'. Dia jawab, 'Aku dah malas la fikir benda2 ni.. dah ade ni, terus jek'. Owhhh.. (T_T) Depan2 Muaz aku ckp, 'Rasa nak nangis kot!'. Even aku ckp mcm main2, but deep in my heart, aku mmg nak menangis pun. Terharu.
So, bulan 6 [kot], dorang bertunang. Kitorang kawan2 ni, mmg tak tau. Senyap2 jek. Gambar pun, dia letak sekeping. Tak nak heboh2 lagi kot. Kahwin nnt, maybe baru dia bagitau. Kahwin bulan 10,belah perempuan & bulan 12,belah lelaki. Tahun ni. Insya-ALLAH, aku pergi. Insya-ALLAH! Mmg nak sgt pegi. :)
Aku ada berceritakan hal ni pada roommate aku, the one n only, kak Diana. Dia cakap, 'Nape kawan Ika baik2 ye? Yg sape tu, yg nak isteri dia nnt takmo keje la...' Dan kata kak Diana lagi, benda kalau nak jadi, kejap jek. Kawan2 lelaki aku, yg kira aku baik dgn dorang, mmg semua baik2 (T_T).
To Muaz, I'm really happy for you. Congrats! Semoga berkekalan jodoh.. Ameen! Ya Rabbal A'lamin.
p/s : Lampard... I'll wait for you. Come hurry! Save me! (T_T). Percaya, bahawa ALLAH S.W.T sudah menetapkan awal2 lagi jodoh kita siapa, bila, semua dah tercatat di Luh Mahfuz. Ya, Aku percaya. Semoga bertemu jodoh & berkekalan jodoh. Amin :)
Friday, July 22, 2011
Lampard, I'm In Love With You, Again & Again & Again - Kebahagiaan Itu Pasti Akan Datang Jua
Tapi harini terasa mahu menulis. Menulis utk anak2 aku. (Nak gelak? gelaklah. At least aku still ade impian dan berangan utk menjadi seorang ibu, walaupun aku pasti belum tahu siapa suami aku, bila ia berlaku. Just keep hopes alive)
Bulan Jun & Julai, merupakan bulan yg sgt menguji mental aku. Tak perlu lah aku senaraikan ape dia. Yg pasti, aku dah tak larat diuji begini. Sampaikan aku dah tak reti nak menangis, nak mengeluh, semuanya redha saje. Redhakah aku? Ikhlas ke redha itu? Entah. Dan kdg2 rase, aku berhak terima segala dugaan disebabkan byknye dosa yg aku lakukan. (Astaghfirullah Al Azim! Aku sepatutnye bersangka baik dgn ALLAH S.W.T!)
Mcm biasa aku, dah lame2, baru aku ceritakan pada Lyssa (of course). Pade mak juga, tapi tak semua. Mcm biasa juge, Lyssa mmg pandai utk melegakan hati aku. Pandai nak naikkan semangat aku. Thanks Lyssa! I owe you big time! :)
Di saat aku fikir dan yakinkan hati aku, ade hikmah semuanya berlaku. Lyssa jugak yg menyedarkan aku, ape hikmah2 tersebut.
SABAR, tu jek kuncinye dan terima semua in a positive way! Sesungguhnya ada hikmah semua itu terjadi. Takdir ALLAH ade sbbnye!
Lupakan cite itu. Nak kongsi lagi. Utk kali kedua, aku pergi bertemu dgn Lampard. Last year ade aku mention kat entry aku pasal kedatangan chelsea. Seperti 3 tahun lepas, aku pergi bersama dgn Intan! Kalau dulu pegi sekali dgn adik dia, kali ni pergi dgn BF dia pule. (sampaikan Intan tanya aku, 'ko ni bile nak ade BF ni?'... errrkkk... aku selesa begini, lone ranger! *jawab aku dlm hati*)
Decide last minutes. Beli tiket last minute. Semuanya berlaku last minute, but I managed to do it. Mula2 intan & bf dah beli tix (RM68). Aku pulak yg lambat beli tix, hny ade tix rm108 je yg tinggal. Tp kirenye aku duduk sorg la. (terigt aku kejadian 3 tahun lepas, kononnye aku beli 2 tix chelsea, kononnye nak tgk dgn dia.. hmm.. tahun ni pun, aku tgk sorg juge.. hmm..)
Aku dah redha saje. Lampard punye pasal! Hmm.. utk org yg aku suka, sayang, ape saje sanggup! (mesti org dah muntah hijau bace. Ade ade kisah? Biarlah aku sayang org yg aku tau takkan menyakiti aku)
Then, Intan & bf sampai, dorg decide nak upgrade tix! Yeay! Ade gak kawan. But then, still cam awkward, bertiga. Tapi lantak lah. First time jumpe bf Intan, aku terkejut dia tau name aku. kekeke. Ni mesti sbb Intan cite n ade nampak aku ade komen2 kt FB Intan. (byknye pasal Chelsea or Torres or Lampard la)
I had a great time with them~! Even gol chelsea 1 jek (org cakap gol nasib! cet. lantaklah, janji gol. lalala~) tapi aku tetap puas hati dapat tgk Lampard main! Live!
Balik malam tu, abang amik, naik moto! Dah lame tak naik moto dgn abang. SUKE! :p terigt lagi mase2 dulu, abang amik pas abis kelas kalau ade tusyen ptg ke ape. Ni buatkan aku kene igt sikit budi abang kat aku! adeh. Sbb tu bile dia ckp nak makan oblong, aku terus jek ok (ok nak belanja laa!). Then isikan dia minyak moto sume. Bile balik plak, dia buli aku suh buat air sume, adeh. Layankan! Tapi, entah, dari dulu lagi, dah jadi tabiat kot, kalau abg aku suruh jek, susah aku nak jawab 'tak!'. Suruh amikkan ape2 je pun, aku amik jugak. Walaupun dlm hati tu 'grrrrr'. Hmm.. Malam itu, tido dgn tenang~:)
Aku hanya mahu gembira.... di dunia & di akhirat! Amin~
sekian.... Syukur ALHAMDULILLAH, masih tetap diberi peluang utk bernafas walaupun banyak dosa yg telah dilakukan. Astaghfirullah Al Azim!
Wednesday, February 9, 2011
H.A.P.P.I.N.E.S.S
I'm happy and fully re-charge! ^_^
4 days at kampung, had a big dinner with family, played with Qiesya, watched malay movies, cooking, chit-chat with mak & siblings, celebrate haziq's birthday, met uncles & aunts etc.
Ayah - I do love you!
Mak - You inspires me. I Love You! And you know it! (nothing else I can say)
Abg, K.Rien & Qiesya - Thanks for the ride! Qiesya, you really make my day. It's been a long time I didn't watched football with Abg, but last sunday we did it! Chel vs Liv! Eventhough you're fall asleep for the 2nd half time. Cet! (mentang2 bukan match MUntahpape). But it's ok, coz you're tired played futsal on that day and drive along the way back to KL.
Eman - So obsess with his 'new' own car (not so new).
Atin - I'm really happy to bully you. Lalalala~
Adik - Owh! You're already matured! Not matured enough, but yes, you're not a kid anymore! But I still want to call you, 'Adik'!!
Lyssa - I really want to visit you and baby Ryzqeen, but problem with transportation & time & co-pilot (mak is really busy with her part-time job as a chef *konon2*)
Farah - Congrats! Sorry for not attending your big day. *same as Lyssa's matter*
Yaya - Happy Birthday to you!
Aizad - Sorry cannot make it to JB! Maybe next time (Insya-ALLAH) *same as Lyssa's matter, plus all my relatives at JB were went to KL for holiday*
Mak : Mane la kite nak tau. Yg penting, kite ikhlas & doa. Doalah nak, doa. ALLAH jek yg tau.
(hati ini akan tersentuh, terusik, kalau mak dah sebut 'nak..')
Wednesday, February 2, 2011
Rindu Semakin Jauh~Tapi Tetap Setia Pada Lampard
Sekarang dah jrg FB... selalu aku FB hanya utk Lyssa
Sekarang dah jrg update lagu2 baru... selalu Lyssa yg bg aku lagu2 baru
Sekarang dah jrg mendownload tv2 series or movie... selalu Lyssa yg bagi aku link2 download
Sekarang dah jrg mms... selalu bermms dgn Lyssa jek
Sekarang kdg2 cpt sgt lost... selalu ape2 aku akan refer Lyssa
Seriously, my life would suck without u, Lyssa... kosong... benar2 kehilangan.. tak same rasenye mcm Chelsea kalah.. tak same rasenye bile dgr Lampard injured... tak same rasenye bile gaduh or kehilangan encik dulu... lain.. rasenye sgt lain...
tp salah aku juge.. ye, salah aku :)
maybe ade hikmah semuanya ni... aku dah tak bergantung pd Lyssa lg...
mungkin...
tapi, sesekali tu, ade juge rindu utk berYM, berFB, bermms, spt dulu...
Seperti Dulu..
sekian... Lyssa, aku masih aku...
p/s : if u're really read this, i juz want u to know, I'M REALLY LOVE & MISS YOU! :)
**balik kg~semoga segalanye back to normal~amin :)**
Sunday, January 30, 2011
Perkahwinan Wawa : Mereka Semua Sudah Berpunya
So jumpe balik mereka! Lame giler tak kumpul ramai2 macam ni. Ade takde time raye jela, tu pun, tak semua ade. Semua dah lain. Lain giler! In fact, aku pun lain jugak kot =.=!.
Macam2 borak. Borak pasal life, keje, relationship dorg, etc. Gelak2, lahar2, cume tak cukup korum jela, Wawa takde, tgh sanding kot!
Dan biasela, kalau dah jumpe2 ni, lagi2 jumpe kt kenduri kawin, soalan cepu perak, yg kalau jawab takde nak bg hadiah pun, akan ditanya. =.=! Dah ade bf? Bile kawin? dan yg sewaktu dgnnye.
Zma, as expected, dia bwk bf dia. :) *aku spt yakin, yg ini adelah yg terakhir n terbaik utk zma*
Aini, dah tunang kot! Tak bgtau pun (T_T) *takdela sedih mane, juz terkejut jek... spt biase, Aini setia dr dlu smpai skrg, dah tunang dah pun!*
Hajar, on the way katenye. *Jar, nnt aku, on the spot jek!*
Zma : Dari dulu sampai skrg, aku asek tuko2 bf jek, tp Tika dari dulu sampai skrg, takde bf pun. Sapelah yg akan jadi bf ko ni? **erk... define BF, then I can name it (T_T)**
Aini : Ko kan cakap dulu, 10 tahun lagi, ko kawin terus kan.. **haa.. ko igt lagi Aini?! Tggl brape tahun je pun lg.. adeh**
Hajar : Takpe Tika, slow2.. enjoy dulu.. **erk.. aku tak sedih pun.. mmg sdg enjoy jek skrg**
Wawa dah selamat, mereka pulak, dah mule plan, zma dah dok tny2 berapa abis utk tunang & kawin. Aini, dah selamat bertunang, maybe next year kot. Hajar, keluarge lelaki dah dok bertanya2 bile nak bertunang sume. Masing2 dah ade tujuan, perancangan hidup. Which is, aku gembira utk mereka! Even dah takkan ade lagi Girls Day Out, maybe someday, akan ade Family Day! ^_^ (erk..tggu aku kawin dulu tau!)
Macam biase, balik rumah, mak akan tny n borak2 dgn mak. Mak tgk gmbo2 sume :) *adeh.. mak adelah antare mak2 yg sempoi didunia*
Mak : Cantik wawa td? *mak pegi jugak kenduri wawa, tp pagi*
Aku : Cantik la
Mak : A'ah, cantikla, pengantin. Jumpe semua td?
Aku : Jumpe. Zma siap bwk bf dia. Aini dah tunang!! Hajar pun on the way. Zma pun td dah sibuk2 tny bajet2 utk tunang brape.
Mak : Akak?
Aku : Dorg tny gak td, ika jawab, tgkla 2-3 tahun lagi. Dorg, on the way.. ika, on the spot!kekeke
Mak : Ala kak, takpe.
Yup. Dorg kawin, tak semestinye aku pun kene kawin kan. (ayat nak sedapkan hati ke ape?)
But seriously, aku tak sedih pun, malah gembira dgr dorg nak kawin! Tak sedih, sbb aku pun ade bende yg aku nak capai b4 aku kawin. Sape taknak kawin? Aku nak sgt kawin! Nak sgt! (ha.. 2 kali aku sebut tu, maknenye aku nak sgt la tu). Tp tula, ade bende lain lagi yg dlm plan aku. Nak ade kete, nak tlg mak, nak ade rumah, nak pegi melancong lg, yg penting nak persiapkan diri dulu, igt sng ke kawin? Tanggungjawab tu! Tapi kalau dah jodoh tu datang awal, aku terima jek (uicehh).
Macam Lyssa ckp, "Org tny bile nak kawin? Bile kite dah sedia lepaskan ape yg kite ade skrg ni."
Sekian...
pade malamnye, aku berjumpe dgn si comel2 ni...!
Sunday, January 9, 2011
Cinta Sempurna
Dgr lagu Cinta Sempurna... owh... sgt best itu performance!
Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
sekian... aku manusia lemah (T_T) *sedih kot dgr lagu ni*


















